21 Pokok Hiasan Terbaik Di Malaysia Untuk Rumah Anda!

 

21 Pokok Hiasan Terbaik Di Malaysia Untuk Rumah Anda!


Pokok hiasan dalam rumah bukan sekadar nak buat rumah anda nampak cantik, malah boleh membantu peredaran udara juga. Anda boleh memilih antara Snake Plant, Spider Plant, Peace Lily, Fiddle Leaf Fig, Aloe Vera, Golden Pothos, Chinese Evergreen, atau Succulents.
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah

Berbanding dengan kawasan kampung, hidup kat bandar ni biasanya terasing daripada pokok-pokok hijau.

Bila jenguk keluar tingkap bukan boleh nampak bukit, tapi nampak jiran dekat blok sebelah sidai baju. Bila keluar rumah pulak, udara penuh dengan asap kereta. Stressjadinya.

Sebab itulah makin ramai yang beli pokok hiasan untuk letak dalam rumah. Bukan pokok plastik ye, tapi pokok yang betul-betul sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen!

Walaupun namanya tumbuhan hiasan, pokok-pokok ini bukanlah setakat nak buat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat, termasuklah:

  • Mengurangkan kemurungan
  • Membantu peredaran udara dalam rumah
  • Membantu memori dan kesihatan mental
  • Mengurangkan kesan cuaca panas

Sekarang ni, pemaju-pemaju kat Malaysia pun dah mula memberi perhatian kepada ‘sick building syndrome’, di mana pencemaran udara dalam bangunan boleh membuatkan penghuni dan pekerja senang dapat penyakit.

Anda boleh baca artikel kami tentang bangunan hijau di sini. Jadi, kalau anda nak mula buat “apartmen hijau” anda sendiri, di sini kami senaraikan pokok hiasan rumah yang anda boleh beli untuk letak dalam atau luar rumah.

Anda tak perlukan halaman rumah ataupun balkoni untuk pokok-pokok ini. Cukuplah setakat dapat cahaya matahari dan siram dengan air secukupnya.

 

8 Pokok Indoor Yang Senang Dijaga

Jenis Pokok

Maklumat

1) Snake Plant (Lidah Jin)

tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah

- Tak perlu banyak cahaya.

- Boleh tahan tanpa air bagi tempoh yang lama.

- Menyedut karbon dioksida dan melepaskan oxigen pada waktu malam. Sesuai untuk bilik tidur!

- Sesuai juga untuk dijadikan pokok hiasan luar rumah.

- AWAS: Tumbuhan ini mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai 'Saponin', yang boleh menyebabkan muntah, cirit-birit, dan ruam jika dimakan secara tidak sengaja (Pusat Racun Negara).

2) Spider Plant

tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah

- Sesuai dalam suhu dingin dan suhu bilik, suka tanah kering dan cahaya matahari.

- Boleh ditanam secara tergantung.

- Ketika daun panjang dan kelihatan serabut, potong dan kemaskan sekali-sekala.

3) Peace Lily

pokok-hiasan-3 (1)

- Boleh hidup dalam keadaan redup, tahan suhu rendah dan kawasan kering.

- Pokok kecil yang berbunga, sesuai diletak atas meja atau rak buku!

- Apabila daun mula layu, itu tandanya masa untuk siram pokok.

4) Fiddle Leaf Fig

tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah

- Pokok dengan daun yang besar dan lebat, batang pokok boleh tumbuh dengan tinggi.

- Sesuai mengisi ruang rumah supaya nampak ‘penuh’.

- Sesuai juga untuk dijadikan pokok hiasan luar rumah.

- Memerlukan cahaya yang secukupnya.

- Daun pokok boleh dilap kalau berhabuk.

- Siram apabila tanah mula kering lebih kurang 1 inci dari permukaan.

5) Aloe Vera (Lidah Buaya)

tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah

- Senang dijaga, letak dekat cahaya matahari dan kerap siram.

- Boleh diletak dalam bilik air atau dapur.

- Potong daun untuk mengekstrak gel aloe vera untuk menolong kulit sembuh dan melegakan kulit yang sunburn.

6) Golden Pothos

tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah

- Daun yang berwarna-warni dan senang dijaga.

- Sesuai diletak secara tergantung di tempat tumpuan dalam rumah (ruang tamu, dapur).

7) Chinese Evergreen

tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah

- Boleh membesar walaupun kurang cahaya, sesuai diletak di mana-mana saja.

- Suka udara yang lembap. Kalau bilik kering, sembur daun dengan air atau pasang pelembap udara.

- Boleh tahan sampai 10 tahun.

8) Succulents

tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah

- Bermacam-macam saiz dan berupa seperti kaktus dan tumbuhan mini.

- Perlukan cahaya sederhana, jadi letak berdekatan dengan tingkap.

- Tidak memerlukan banyak air, siram 1 kali seminggu sahaja.

 

8 Pokok Hiasan Yang Boleh Ditanam Dalam Air

Pokok-pokok

Maklumat

1) Pothos 

pothos-in-water

- Senang ditanam, pastikan pokok ada sekurang-kurangnya 3 noda and 2 daun.

- Memerlukan indirect sunlight dan air yang bersih (tukar setiap minggu).

2) Lucky Bamboo 

lucky bamboo

- Memerlukan cahaya matahari yang sederhana atau indirect sunlight.

- Penuhi pasu dengan air bersih sampai akarnya sahaja, dan tukar air setiap 7-10 hari.

- Sesuai diletak dalam office atau di meja kopi ruang tamu.

3) English Ivy 

propagate-ivy-in-water-18

- Pastikan pokok ada sekurang-kurangnya 3 noda untuk tumbuh akar dan daun baru.

- Letak di tepi tingkap (indirect sunlight) dalam suhu 18 - 27°C.

- Tukar air setiap minggu atau apabila kelihatan keruh. Pastikan noda ditenggelam air!

4) Janda Bolong (Monsterra )

Cara-Simpel-Menanam-Monstera-dengan-Sistem-Hidroponik

- Tanam dalam gelas kaca atau pasu seramik, dan guna air yang bersih.

- Boleh diletak di mana-mana sahaja kerana begitu senang dijaga!

5) Wandering Jew 

- Memerlukan cahaya matahari yang cerah sehingga sederhana.

- Letak dalam gelas kaca berisi air dan pastikan noda yang paling bawah ditenggelam air.

6) Apu-Apu  (Water Cabbage/Water Lettuce)

- Warna hijau muda atau tua, boleh membesar sampai 15cm dengan akar 20 inci!

- Tidak memerlukan banyak cahaya, tetapi air perlu maintain 6.5 - 7.2 pH.

- Sesuai untuk dijadikan pokok hiasan luar rumah; boleh diletak dalam kolam dengan ikan (kecuali ikan emas dan ikan herbivora).

7) Bunga Tetepok (Water Snowflake/Floating Heart )

- Mempunyai bunga kecil yang berwarna putih bagai kepingan salji, daun besar berbentuk hati.

- Sesuai ditanam dalam kolam dengan cahaya matahari cerah.

8) Selada Air (Watercress)

Watercress

- Daun yang kecil dan seluruh tumbuhan boleh dimakan!

- Senang dijaga dalam suhu panas atau dingin, memerlukan cahaya matahari penuh.

Selain daripada pokok-pokok hiasan ni, pokok Spider Plant, Chinese Evergreen, dan Snake Plant juga sesuai ditanam dalam air!

Kalau guna keratan dahan untuk menanam pokok yang baru (kaedah ‘propogation’), pastikan keratan yang diggunakan sihat dan masih muda.

 

5 Pokok Bunga Hiasan Untuk Rumah

Kalau kediaman rumah kelihatan boring atau tidak menyerlah, cuba menanam pokok bunga hiasan depan rumah untuk menceriakan suasana! Ada beberapa jenis pokok bunga yang sesuai ditanam dalam iklim Malaysia yang panas.

Pokok-pokok

Maklumat

1) Bunga Kertas (Bougainvillea)

bunga-kertas

- Daun yang lebat tetapi bunga yang berbagai warna!

- Batang pokok keras, berduri, dan bercabang.

- Memerlukan cahaya matahari yang cerah.

- Elakkan persekitaran yang lembap.

2) Bunga Siantan (Ixora)

bunga siantan

- Gugusan bunga kecil antara 2-9cm.

- Boleh tumbuh sampai saiz sederhana, sesuai sebagai tanaman pagaran atau untuk memisah sempadan.

- Pelbagai warna berbeza.

3) Bunga Raya (Hibiscus)

Bunga Raya

- Biasanya berwarna merah, merah jambu, pic, atau jingga.

- Boleh tumbuh agak tinggi (2-3m) dan amat tahan lasak.

4) Lily

Lily

- Keharuman unik dan kelopak besar.

- Perlu kerap sirap air dan letak di tempat yang menerima indirect sunlight.

5) Bunga Allamanda Kuning

Bunga Allamanda Kuning

- Senang tumbuh dengan air dan cahaya matahari yang mencukupi.

- AWAS: Getah pokok bunga ni yang berwarna putih beracun, jadi tolong pakai gloves bila tangkas!

Ada banyak lagi jenis pokok bunga yang sesuai ditanam di halaman rumah seperti bunga tahi ayam, lavender, pokok bunga kapas, bunga kosmos, orkid, dan pelbagai lagi.

Comments